Monday, March 14, 2011

Chocoberry ep16

            Huda terjaga dari tidur setelah mendengar azan subuh pada pagi itu, dia mengagahkan diri untuk bangun menunaikan perintah ilahi itu,sakit kakinya masih tidak berkurang, dia menggunakan tongkat untuk bangun. Setelah selesai menunaikan solat subuh, Huda membersihkan diri dan dia mengenakan baju kurung putih dengan bunga kemerahan. Baju yang baru dibeli di butik muslimah itu dikenakan dengan tudung ariani yang bewarna ala-ala merah jambu. Huda mengenakan mekap ala kadar sahaja, tambahan pula dia lebih suka mengayakan keaslian mukanya daripada menyapu mekap. Setelah semuanya siap, dia ke dapur untuk menyediakan minum pagi untuknya dan suami, dibancuhnya satu teko milo panas, serta roti bakar yang disapu peanut butter. Semenjak dia bergelar isteri Fitri, dia sudah hafal sedikit sebanyak makanan yang Fitri suka.
            Fitri bergegas bangun, dia sudah lewat untuk ke pejabat, selesai sahaja solat subuh pagi tadi dia terlelap dikatilnya, niatnya hanya mahu baring-baring sementara menunggu masa untuk bersiap-siap ke pejabat, tidak disangka pula dia terpaksa berkejar-kejar sementara jam sudah pukul 8.30 pagi.
Fitri menuruni anak tangga, dilihatnya Huda sedang mengemas meja makan.
"awak pakai macam ni nak pergi mana?" Tanya Fitri.
"kerja la, minum la dulu, saya ada buatkan roti untuk awak ni." Arah Huda sambil jarinya ditunjukkan kearah roti yang telah siap disapu jem diatas meja makan.
"Tak apa la, dah lewat ni, jom." Jawab Fitri acuh tak acuh.
Huda mencebik, dia geram kerana usahanya tidak dihargai. Huda mendapatkan suaminya, dia agak ketinggalan kerana terpaksa membawa kaki yang masih sakit menggunakan tongkat yang dibeli mamanya semalam.
             Huda hanya membisu sepanjang perjalanan, dia masih tidak berpuas hati dengan suaminya, "kenapa aku nak marah kat laki ni? aku jugak yang bodoh, rajin sangat nak sedia makan untuk dia, isshh...sakit betul hati aku." Huda bermonolog sendirian. Dia melemparkan pandangannya jauh diluar tingkap kereta suaminya.
Firti yang sedang memandu menyedari tingkah Huda yang seakan marahkan sesuatu itu.
"kenapa dengan awak ni, saya tengok dah macam kucing nak beranak" Ngomel Fitri.
"Sibuk je, tak ada kaitan dengan awak ok." Bentak Huda.
" Eh, mesti la ada kaitan dengan saya, saya yang tengok tau, mulut tu dah boleh ikat dengan getah, kalau cantik tak apa." Hurai Fitri panjang lebar, dia sengaja membakar api kemarahan isterinya itu.
Huda hanya mendiamkan diri berpura-pura tidak dengar ngomelan suaminya itu, dia malas untuk bertengkar memandangkan semuanya salah dia sebab berangan untuk jadi isteri yang baik untuk Fitri.
             Setelah kereta diparking di tempat letak kereta, Huda bergegas membuka pintu kereta, dia perlu cepat tambahan pula dengan keadaan dia sekarang, nanti dia pula yang ketinggalan di belakang.
"Fitri, huda, macam mana kau orang boleh datang sama-sama ni?" Tanya Syam yang tiba-tiba muncul dari celah kereta yang berderetan itu.
Huda kaku melihat Syam, matanya tidak bulat memandang tepat ke muka Syam, tanpa disedari tongkat ditangannya terlepas dari pegangan. Syam tersenyum kecil melihat keletah Huda, dia mengambil Tongkat Huda.
"Eh Syam, aku jumpa Huda kat jalan tadi, kebetulan rumah kami dekat rupanya, tengok keadaan dia ni, aku ajak la naik kereta sekali." Jawab Fitri bersahaja.
"Kau jangan Fitri, tau kat Julia kau tu alamatnya tidur tak berbantal la kau." Syam berseloroh. Fitri ketawa kecil dengan gurauan kawannya itu, Syam adalah kawan rapat Fitri semasa di kolej dahulu.
" ok la, aku masuk dulu." Balas Fitri sambil menepuk bahu kawannya itu, dia meninggalkan Huda sendirian, dalam fikirannya, kalau dia lebih-lebih tolong Huda nanti kawannya itu fikir bukan-bukan.
Huda yang melihat telatah Fitri itu mengetap bibir, dia menyumpah di dalam hati sambil menghantar pemergian suaminya itu dengan jelingan kebencian.
"Jom, saya bantu awak ke pejabat." Sapa Syam sambil tersenyum.
Huda menganggukkan kepala tanda setuju dengan pelawaan Syam itu.


"kau dah nak keluar lunch ke? ada date ke?"Tanya Syam bertalu-talu bila dilihatnya Fitri seakan hendak keluar itu.
"Kau ni macam tahu-tahu je kan?" Fitri menyangkal pertanyaan Syam.
"Mesti la aku tahu, kan buah hati kau nak ke US hujung minggu ni." Desak Syam lagi.
"mana kau tahu ni?" Tanya Fitri bernada cemburu, keningnya berkerut mendengar kata-kata dari Syam.
"Mesti la aku tahu, Hana yang bagi tahu, kan dia satu tempat kerja dengan Julia kau tu." Jelas Syam panjang lebar, Hana adalah adik kandungnya yang bongsu, memang Hana tak putus-putus bercerita tentang Julia kepada Syam, malah dia berniat untuk menjodohkan Julia dengan abangnya itu.
Fitri yang mendengar hanya menganggukkan kepala sambil menjeling kearah Huda yang sedang asyik mendengar perbualan mereka.


"Jauh mengelamun?" sapaan seseorang mengejutkan Huda dari lamunannya. Matanya bulat memandang sesusuk tubuh yang sudah berdiri dihadapan mejanya.
"Syam, awak tak keluar makan ke?" Tanya Huda.
"Saya beli awak nasi ni, nanti kita makan sama-sama ok." Arah Syam sambil jarinya menunjuk kearah bungkusan yang di pegang di tangan kirinya. Tanpa meminta persetujuan Huda, Syam memegang tangan Huda seperti memintanya bangun untuk ke patri. Huda hanya mengikut kehendak Syam, dia merasakan dirinya disayangi bila dilayan sedemikian. mereka menjamu selera di bilik patri dan berborak-borak sehingga habis waktu rehat.
Huda tersenyum sendirian apabila teringat akan keletah Syam tengah hari tadi, dia tidak menyedari dirinya diperhatikan dari jauh.

Saturday, March 12, 2011

Chocoberry ep15

                Huda melompat dari katilnya, jam sudah menunjukkan pukul 8.30 pagi, dia sudah lewat untuk ke pejabat. Huda berlari anak mendapatkan tuala dan ke bilik mandi, Huda tergopoh gapah menyiapkan diri, dia perlu ke pejabat dengan suaminya kerana dia masih baru di perumahan itu, jalan sekitar situ masih tidak Berjaya dihafal apatah lagi untuk mendapatkan bas atau menaiki LRT di sekitar situ. Kedengaran enjin kereta dihidupkan,”mungkin Fitri dah nak pergi kerja” getus hati kecilnya.
“Fitri tunggu.” Huda meraung dari dalam rumah. Huda berlari anak menuruni anak tangga, dan tiba-tiba kakinya tergelincir, dia terpelanting sampai ke bawah. Jeritan Huda yang kuat itu sedikit mencemaskan Fitri yang berada di beranda luar rumahnya, dia berlari ke dalam rumah untuk melihat apa yang berlaku. Fitri melihat Huda yang sedang mengerang kesakitan sambil memegang kaki kanannya.
“kenapa ni?” Tanya Fitri dengan cemas.
“Sakit…” Huda menangis sambil memegang kakinya.
“tu la, kalau jalan hati-hati la sikit, jangan main redah je.” Marah Fitri.
“boleh jalan tak? Biar saya papah awak ke atas.”Pujuk Fitri. Huda hanya menuruti arahan suaminya, dia menyeka air mata yang masih bersisa. Fitri menghubungi Doktor peribadi keluarganya dan memberitahu papanya tentang keadaan Huda.
“awak tunggu kejap ye, saya dah call doctor.” Fitri cuba menenangkan Huda yang masih menangis sambil mengerang kesakitan, Fitri menghilangkan diri dari bilik Huda, setelah beberapa minit, dia mendapatkan Huda sambil memegang tuala yang kecil dan sebekas ais.
“Awak nak buat apa dengan benda ni?” Tanya Huda.
“Saya nak rawat kaki awak la, nanti tambah bengkak, kalau nak tunggu doctor takut lambat pulak, sakit lagi ke?” Tanya Fitri.
Huda menganggukkan kepala, dia terkejut dengan sikap Fitri yang tiba-tiba berubah terhadapnya.
“saya dah call mama, mama cakap petang nanti baru boleh datang sini, papa ada meeting katanya.” Tambah Fitri panjang lebar sambil dipegang kaki isterinya dan diletakkan ais yang dibaluti tuala ditempat  yang membengkak.
“macam mana? Ok sikit?” Tanya Fitri berungguh-sungguh. Huda menganggukkan kepala, sambil mengucapkan terima kasih pada suaminya.
“awak tak nak pergi kerja ke?” Tanya Huda.
“macam mana saya nak pergi kerja kalau awak macam ni?” Dalih Fitri pula.
“oo…awak risaukan saya ke?”soal Huda seakan menduga.
“awak ingat saya ni free sangat ke nak fikir hal awak je, kalau tak papa yang suruh saya cuti hari ni, mesti saya dah kat tempat kerja, kerja saya kat pejabat tu lagi penting tahu, dah la banyak bertimbun lagi.”Ngomel Fitri seakan tidak puas hati.
Huda menjeling tajam kea rah fitri.”Dah agak, kau memang penting diri sendiri.”Ngomel Huda sendirian, mulutnya terkumat kamit cukup untuk ditayangkan pada Fitri rasa tidak puas hatinya.
“apa awak cakap”Tanya Fitri tidak puas Hati.
“Tak de apa-apa la, keluar sana, saya nak rehat, makin sakit tahu tengok muka awak ni.” Huda mula naik berang, dia menolak tubuh Fitri yang duduk diatas katil disebelahnya. Huda menekup mukanya dengan selimut berpura-pura untuk tidur. Fitri yang melihat kerenah Huda itu berlalu meninggalkan Huda sendirian.
“aku benci kau Fitri, aku sakit bukannya nak pujuk, sibuk nak sakitkan hati aku. Aku benci kau, aku benci.” Huda menyumpah-nyumpah sendirian, dia menangis sendirian.
                Fitri mundar mandir di ruang tamu, sudah 15 minit Huda di periksa oleh Doktor, tetapi Doktor itu masih lagi belum keluar dari bilik Huda. 
“Aku tengok kaki dia tak la teruk sangat, kenapa lama sangat ni.” Fitri berkira-kira dalam Hati.
Beberapa minit kemudian Dr.Hanif keluar dari bilik Huda, Fitri tersenyum kecil kepada doctor tersebut. “Macam mana dengan isteri saya Doktor?”Tanya Fitri.
Dr.Hanif tersenyum kecil membalas senyuman Fitri.”Isteri awak tak ada apa-apa. Kaki dia Cuma terseliuh sedikit saja, mungkin seminggu dua ni dia dah boleh berjalan seperti biasa.” Terang Dr.Hanif panjang lebar.”papa dan mama kamu tak dating ke Fitri?” Tanya lelaki berkumis tebal itu laki, keluarga mereka memang agak dekat, malah semasa Fitri kahwin dengan Huda dulu, keluarga Dr.Hanif juga datang menolong pernikahan mereka.
“mama dan papa datang petang ni, kata mama, papa ada meeting.” Jawab fitri sopan.
Setelah beberapa minit mereka berborak, Dr.Hanif meminta diri untuk pulang, Fitri menyalami Dr.Hanif dan mengucapkan terima kasih kepadanya.
                Huda masih mengurungkan dirinya di dalam bilik, mihun sup yang dibawa Fitri tengah hari tadi masih dimeja, dia tidak ada selera untuk makan. Pintu biliknya diketuk dan terus dibuka. Dilihatnya Fitri tercegat didepan pintu. Huda memalingkan mukanya kearah bertentangan, dia malas melayan kerenah Fitri yang telah menyakitkan hatinya pagi tadi.
“awak, mama ada call, dia on the way ke sini.” Tutur Fitri dengan manis.
Huda mendiamkan diri, sedikit pun dia tidak menghiraukan suaminya itu, Fitri pula tidak berpuas hati dengan reaksi Huda yang tidak mahu melayaninya.
“Jom la ke bilik saya.” Fitri memegang bahu Huda seakan mahu mengangkat isterinya itu.
“eh, apa awak ni, kenapa pulak saya nak ke bilik awak?” soal Huda tidak puas hati.
“Habis awak nak mama dan papa tahu yang kita ni tidur bilik lain-lain, macam tu?” soal Fitri, nada suaranya sedikit meninggi dan tersekat-sekat menahan kemarahan. Huda yang mendengar alasan suaminya itu hanya menundukkan kepala. Dia akur untuk berehat dibilik suaminya.
                Fitri membuka pintu biliknya perlahan-lahan, dilihatnya Huda sedang terbaring di katilnya, dia tersenyum kecil. “Huda bangun, mama dan papa dah sampai, mereka tunggu awak kat bawah.” Tutur fitri lembut sambil memegang bahu isterinya.
Huda bangun dari tidur, dia mengeliat tidak perasan pula Fitri sedang asyik memerhatikan tingkah lakunya. “oo…..terkejut aku.” Latah Huda bila disedari Fitri berada di sebelahnya.
“dah la, sini je, saya boleh jalan sendiri la.” Huda mengomel.
“tak apa la, saya kan suami awak jugak, apa yang nak di malukan” Fitri mengenyit mata kepada Huda sambil memapah Huda ke bilik air. Huda yang mendengar ejekan suaminya menyiku lengan Fitri dengan kasar sambil melemparkan jelingan yang tajam.
Huda membersihkan muka dan bersiap ala kadar, dia dibantu oleh Fitri untuk turun ke ruang tamu untuk berjumpa dengan ibu dan bapa mertuanya.
“mama dengan papa mana, tak ada pun kat ruang tamu tu.” Soal Huda pada Fitri, matanya liar mencari bayangan orang tuanya itu di segenap penjuru rumah.
“mama ngan papa kat dapur, tengah siapkan makan malam.” Jawab Fitri acuh tak acuh.
“anak mama dah turun, sakit ye sayang, kenapa sampai jad macam ni?” soal Datin Rosnita bertalu-talu.
Huda tersenyum tawar, dia menyalami mamanya.”entah la mama,ini la namanya takdir kot.” Jawab Huda.
“Dah la, lain kali hati-hati ye sayang, jom la kita makan, papa kamu dah tunggu dimeja makan sana.” Datin Rosnita mengambil alih tempat Fitri dengan memapah Huda ke meja makan, Huda menyalami papa dan bertanya khabar.
“wa……banyaknya makanan, mama masak ke beli ni?”Tanya Huda bertalu-talu.
“eh, mana ada mama masak, Fitri yang sedia semua ni, katanya nak makan malam sama-sama, mama dating je, semua dah siap, mama Cuma tolong masuk dalam pinggan je.” Jawab Datin Rosnita panjang lebar sambil tertawa kecil.
“Fitri boleh masak ke, macam tak percaya je.” Ngomel Huda sambil menjuihkan bibirnya kedepan.
“kenapa, tak percaya eh, awak cakap je apa yang awak nak makan, semua saya boleh buat, ini kan Fitri.” Fitri seakan masuk bakul angkat sendiri. Huda hanya menjeling kecil kearah suaminya sambil menikmati makan malam mereka.

Chocoberry ep14


             Huda menyandarkan tubuhnya di kerusi, dia kepenatan setelah seharian mengemas barang-barang keperluannya dan Fitri. Mereka bercadang untuk berpindah ke banglo yang papanya telah belikan pada hari ini. Kalau tidak Fitri yang mendesaknya untuk berpindah dengan segera, dia juga tidak mahu berpindah, tambahan lagi akan tinggal berdua sahaja dengan Fitri, dia belum besedia.
"jangan tinggalkan yang ni, nanti susah pulak!" Fitri tergelak kecil sambil melemparkan satu beg plastik hitam kearah Huda.
Huda kebingunggan, dia membuka beg plastik itu perlahan-lahan, risau juga dia kalau-kalau Fitri masukkan sesuatu untuk menakutkannya. mata Huda terlopong bila melihat isi beg plastik tersebut, mukanya sedikit merah. "kurang ajar punya laki, tak tahu malu ke bagi aku kotex." Bisik Huda dalam hati. Dia melangkah keluar dari bilik, tidak mahu melihat muka Fitri yang asyik mempermainkannya.
              Rumah baru mereka memang besar, tambahan pula rumah itu lebih dekat dengan tempat kerja mereka. Huda terpegun melihat hiasan dalaman rumah itu, seperti istana, keseluruhan isi rumah berwarna putih, hanya lantai seakan marmar ukiran papan. Dia meneliti segenap penjuru rumah.
"seperti mimpi" Bisiknya perlahan.
Fitri mengangakat beg dan barangbarang yang lain masuk ke rumah, dia tidak menghiraukan Huda yang kelihatan teruja dengan rumah baru mereka.
"Eh, awak pergi angkat sendiri barang-barang awak ok" Arah Fitri sambil tersenyum sinis.
Huda menjeling tajam, mulutnya terkumat kamit seakan berkata sesuatu.
Huda termengah-mengah menarik begnya, kalau nak diangkat mungkin sampai esok pun belum tentu dapat.
Fitri meluru ke arah Huda dan mencapai beg bajunya, huda melopong melihat tingkah fitri.
"tadi bukan main sombong suruh aku angkat sendiri." Huda mengomel, dia tersenyum kecil.
               Huda membaringkan tubuhnya di atas katil, sekarang dia sudah tidak sebilik lagi dengan suaminya, jadi dia boleh buat apa sahaja yang dia suka. "Fitri perihatin jugak dengan aku." Huda mengelamun sedirian mengingati peristiwa petang tadi, Huda tersenyum, "kenapa dengan aku ya? tak mungkin aku suka Fitri, dia kan jahat dengan aku. Tak mungkin, tidur lagi baik daripada aku fikirkan dia." Huda mengomel, dia menarik bantal dan selimutnya, dia terlena akibat kepenatan seharian menguruskan barang-barang ke rumah barunya.

Wednesday, February 9, 2011

Chocoberry ep13

                 Fitri mengatur langkah laju memasuki 'Hard Rock cafe', dia sudah 15 minit lewat dari temu janji asalnya, matanya melilau di segenap penjuru cafe tersebut. Di suatu sudut, seorang perempuan muda melambaikan tangan kepadanya, dia tersenyum kepada Julia yang mengenakan blaus paras punggung dan skirt putih paras lutut. Rindunya pada Julia terubat juga, Fitri mendapatkan tempat berhadapan dengan Julia.

"dah lama sampai? sorry i lambat." pujuk Fitri dengan suara kebudak-budakan.
"tak la, i pun baru je sampai." Jawab Julia bersahaja.
"U pergi mana? tak ada call i pun, i risau tau!"
"Sape suruh u risau? padan muka u, lain kali buat la lagi." Julia menjeling manja pada Fitri.
"ala sayang, i bukan sengaja. parents i yang buat keputusan tiba-tiba je, i tak boleh nak bantah."
"ye la..Rumah siapa yang u pergi hari tu?" Soal Julia.

"ooo...Rumah kawan papa i. U nak makan apa ni? i lapar la." Soal Fitri sedikit merendahkan suaranya seakan merayu, dia sengaja menukar topik perbualan, takut juga dia kalau-kalau rahsianya nanti terbongkar,
"sabarlah Julia, ini hanya sementara.i akan selesaikan urusan i dan i akan jadikan u permaisuri hidup i" Bisik Fitri dalam hati.

                  Suasana pejabat agak lenggang, masing-masing sibuk berborak itu dan ini, biasa la kalau waktu rehat, ada-ada sahaja yang menjadi topik hangat bagi pekerja-pekerja disitu. Huda yang baru balik dari makan kat kedai mamak yang berdekatan dengan pejabatnya terus meluru ke tempat duduk, dia melabuhkan punggung di situ. "Nasib baik Ain nak makan dengan aku, kalau tidak kelaparan la aku hari ni." Bisik Huda dalam hati, dia tidak berani untuk keluar makan bersendirian, mungkin sebab dia belum biasa dengan tempat itu.

                  Intercom dimeja berbunyi, Huda cepat-cepat menekan butang untuk menjawab.
"ada apa ?" Soal Huda kepada majikannya, dia masih belum biasa untuk mengelarkan Encik, Tuan atau Bos kepada Fitri, terasa kekok pula bila memanggil orang yang selalu membulinya bila di rumah dengan panggilan sebegitu.
"Masuk bilik saya kejap" Pinta Fitri dengan tegas. Talian terus dimatikan.
"Apa lagi la dia ni nak, cakap guna talifon kan lagi baik, tak payah la aku nak mengadap muka dia aje, geramnya aku.." Bentak hati Huda.

                  Huda membuka pintu dengan perlahan, dia seakan mengintai segenap ruang bilik Fitri sambil memegang tombol pintu. Fitri mengerakkan jari telunjuknya menandakan arahan masuk kepada Huda. Huda meluru ke meja bosnya, dia memegang buku ditangan dengan erat, mungkin malu dengan perbuatan sendiri.
"saya dah ketuk tapi awak tak jawab, so saya nak masuk...."
"Cancelkan temu janji saya tengah hari ni." belum sempat Huda menghabiskan kata-katanya, Fitri sudah memberi arahan.
"Kalau ye pun bia la aku habis cakap dulu, geramnya aku.." Bentak hati Huda sendirian.
"ok, pukul 4 nanti awk ada meeting dengan pembekal, nak saya cancel jugak ke?" Tanya Huda lagi untuk mendapatkan kepastian.
"Awak tak dengar ke saya cakap tengah hari, bukan petang." Sindir Fitri seraya menjeling tajam kearah Huda.
"Ye la, kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu." Huda mengatur langkah untuk keluar.
"eh kejap, saya tak cakap pun awak boleh keluar." Fitri tersenyum sinis, dalam hatinya merangka ayat untuk kenakan Huda.
Huda hanya memandang Fitri dengan pandangan kosong, dia hanya mendiamkan diri memberi ruang pada Fitri untuk bercakap.
"Saya nak lunch dengan buah hati kesayangan saya, dah lama kami tak bermesra, agaknya apa yang dia nak cakap kat saya lepas ni eh?" Fitri berangan-angan, sesekali dia menjeling Huda yang berdiri di depan pintu.
Huda memandang fitri penuh tanda tanya."kenapa pulak nak bagi tahu aku? nak aku cemburu ke? pelik la mamatt ni. tapi kenapa hati aku rasa lain macam je?" Hati Huda bergolak hebat, dia seolah-olah berada dalam dunianya sendiri.
"ok" Jawab Huda acuh tak acuh,.
"silap la kau nak main-main dengan aku." Rungut huda dalam hati.

                   Tiiingg.....Bunyi benda jatuh mengejutkan Huda dari lamunannya, seorang lelaki berdiri tepat di hadapan mejanya, dia mendongakkan kepalanya untuk melihat wajah pemuda itu. Huda melemparkan senyuman manis kepada pemuda misteri itu, dilihatnya sudu yang digunakan untuk membacuh kopi ditangan lelaki tersebut.
"ooooooo...bunyi sudu rupanya." Huda menutur kata sambil matanya tertumpu kepada sudu yang berada di tangan kanan pemuda itu. Seminit selepas itu dia menekup mulutnya, malu dengan sikapnya sendiri.
"hai, saya Syam, awak ni setiausaha baru Encik Fitri kan? saya ada dengar cerita tentang awak."Syam menghulurkan tangan seraya tersenyum kepada Huda.
"Saya Huda, awak kerja sini ke? kenapa saya tak pernah nampak awak sebelum ni?" Soal Huda penuh sangsi.
"oh, saya outstation, hari ni baru sampai kl trus daftar diri kat pejabat. Encik Fitri ada tak? saya nak jumpa dia." Soal Syam dengan penuh sopan.
" Dia tak ada, mungkin petang ni dia balik." Jawab huda pula, pandangannya terlekat pada wajah pemuda itu, "memang tampan laki ni, sopan lagi, jauh langit dengan bumi kalau nak banding dengan Fitri." Hati Huda berbunga.
"oh ye ke? nanti dia balik bagitahu dia ok!" Pinta Syam sambil melangkahkan kaki ke mejanya, tangannya di lambai-lambai seolah-olah mengetahui Huda sedang memerhatikannya.
Huda tersenyum sendiri melihat keletah lelaki yang baru dikenalinya itu, jika dibandingkan dengan pekerja lelaki yang lain, memang tak ada tandingan,
" Fitri pun boleh kalah dengan mamat ni." Bisik Huda sambil tersengeh sendirian.

                     Huda asyik dengan komputernya, dia bertungkus lumus menyiapkan isi kandungan mesyuarat Fitri pada petang ini dengan syarikat pembekal, kalau tidak dibuat dengan teliti, syarikat akan mengalami masalah dan kepercayaan syarikat pembekal juga akan rosak. Huda menjeling jam di tepi komputernya. "dah pukul 3, tak ingat ke orang tua ni?" Bentak Huda.
Kelihatan Fitri meluru masuk ke pejabat, dia berdiri di hadapan Huda sambil tersenyum riang, bukan kerana Huda tetapi dia sengaja ingin mengambarkan betapa bahagianya dia kerana baru dapat bertemu dengan Julia.
"Kenyangnya..." Fitri menganjing sambil tangannya memegang perut. Fitri meluru masuk ke biliknya setelah puas mengenakan Huda.
Huda yang melihat keletah Fitri itu mengerutkan dahinya, dia sendiri tidak faham orang jenis apakah suaminya itu, sekejap dia dilayan baik, dan kadang-kadang seperti harimau yang lapar."Apa kau ni sebenarnya Fitri?" Bisik Huda sendirian.

                       Huda mengetuk pintu bilik Fitri dan terus meluru masuk, dia memberikan kandungan mesyuarat yang sepatutnya berlangsung pukul empat nanti kepada Fitri untuk diteliti. Fitri Hanya mengiakan hasil kerja Huda tanpa banyak soal.
"ah, tadi Syam suruh bagi tahu awak, dia dah balik dan nak jumpa awak." Tutur Huda dengan sopan.
"Ok, bagitahu dia suruh masuk ke bilik saya sekarang." Balas Fitri sambil tangannya membelek-belek kertas yang baru diserahkan oleh Huda.
Huda yang mendengar arahan majikannya hanya menganggukkan kepala dan terus berlalu dari situ.
Perbincangan dengan syarikat pembekal meleret sehingga jam 6 petang, Huda keletihan, dia terlena didalam kereta yang dipandu suaminya.

Monday, February 7, 2011

Chocoberry ep12

                  Pintu rumah dikuak perlahan-lahan, Huda melangkahkan kakinya ke perut rumah , dilihatnya Datin Rosnita yang sibuk menyediakan makan malam.
"Huda dah balik." sapa Datin Rosnita.
" ye mama, ada apa-apa yang nak Huda tolong ke?" tanya Huda sambil menghampiri Datin Rosnita yang sedang menyusun lauk untuk makan malam itu.
"Dah siap pun, Huda pergi siap-siap, nanti papa balik kita makan sama-sama."
Huda hanya tersenyum seraya menganggukkan kepala. Dia mendaki anak tangga untuk ke biliknya." Fitri mesti belum sampai lagi". Pintu bilik ditolak kasar, sangkaannya meleset apabila dia melihat Fitri yang tidak berbaju dan hanya bertuala berdiri di depan bilik mandi.
Fitri merasakan dirinya diperhatikan, dia menjeling tajam kearah Huda seakan tidak berpuas Hati. Panggilan dari mamanya tadi mematikan hasratnya untuk ke rumah Julia. Dia geram kerana terpaksa mengikut kemahuan mamanya, kalau tidak kerana Huda yang mengadu dengan mamanya, sudah tentu sekarang ini dia dapat berjumpa dengan buah hatinya itu. Fitri menarik pintu bilik air dengan kasar, dia membersihkan dirinya dan mengambil wuduk untuk menunaikan solat magrib.

                  Deringan handphon milik Fitri membingitkan telinga Huda, ini sudah kali ketiga pemanggil menalifon handphon suaminya, Huda memberanikan diri untuk melihat siapakah gerangan pemanggl yang tidak berputus asa itu. Dia menjeling kearah talifon yang terletak diatas meja, di skrin talifon tertera nama 'my princess'. Huda mengerutkan dahinya, "My princess? buah hati dia kot!" Bisik Huda. Fitri yang baru keluar dari bilik air berlari kecil mendapatkan handphonnya.
"Hello sayang, U kat mana ni? kenapa dah seminggu lebih tak call I? U marah lagi ke?" soal Fitri bertalu-talu kepada pemanggil.
Huda memasang telinga, mungkin betul sangkaan dia, ini lah Buah hati suaminya yang diceritakan dulu. Sesekali dia terdengar seperti Fitri berbisik, patah katanya tidak jelas kedengaran, Huda bersahaja berjalan mendapatkan tualanya dan berlalu ke bilik air.
"abang, ayang mandi dulu ye" Laung Huda sedikit meninggi sambil tersengeh kemenangan.
Mata Fitri bulan memandang Huda, satu hal pula dia bersoal jawab dengan Julia.

"itu suara TV la sayang," Pujuk Fitri dengan manja.Julia makin asyik mengajuk bila dipujuk begitu.
"U jangan main-main dengan I, I benci la lelaki yang suka tipu." Rengek Julia lagi.
"Mana ada sayang, betul, I tak tipu U."
"Malam ni kita keluar jom." Ajak Julia.
"Malam ni tak boleh la sayang, I ada dinner dengan mama dan papa I. Esok kita lunch sama ok! I pun dah lama tak tatap muka comel puteri I ni." Pujuk Fitri dengan penuh memikat.
"Ok, jumpa esok, love u sayang" Ucap Julia penuh manja, talian dimatikan.
Fitri tersenyum puas, baru sedikit lega hatinya dapat mendengar suara Julia, apa yang lebih mengembirakannya, esok dia akan dapat menatap wajah yang selama ini dirinduinya.

                  Huda keluar dari bilik air dengan perlahan-lahan, dia mengintai di segenap penjuru biliknya untuk memastikan kehadiran Fitri disitu. Disuatu sudut, dia melihat Fitri sedang Khusyuk menunaikan solatnya. Hati Huda tersentuh, dia tersenyum sendirian seraya itu dia mendapatkan sejadah dan menunaikan solat di belakang Fitri.
Makan malam pada malam itu telah siap disediakan, Huda berlari anak menuju ke meja makan, seluruh ahli keluarga menunggunya untuk makan malam, terasa malu pada diri sendiri kerana berperangai seperti bidadari tunggu disuapkan. Huda memandang wajah suaminya yang masam mencuka, dia sudah dapat menduga apa yang berada di fikiran Fitri ketika ini, jelingan Fitri kepadanya tidak dilayan, dia berpura-pura tidak mengerti dengan peringatan suaminya itu.

"Jom la kita makan."
Suara mamanya mematikan kesunyian yang melanda meja makan ketika itu, Huda hanya mengangguk seraya membantu mamanya menghulurkan nasi kepada suaminya.
"Papa ada hadiah untuk kamu berdua" Suara Dato Lokman memecah kesunyian mereka berempat, masing-masing sibuk menikmati hidangan malam yang cukup menyelerakan.
"Hadiah apa papa?" soal Fitri.
"Papa ada belikan rumah untuk kamu, dekat sikit dengan pejabat, tak la letih sangat memandu nanti, lagipun kau tu Fitri dah ada isteri, kena la belajar tanggungjawab sikit." Hurai Dato Lokman panjang lebar.
Fitri mengganguk seraya tersenyum ke arah papanya, "tanggungjawab apa? kat perempuan macam ni, dia boleh jaga diri , menyusahkan aku ada la." Bisik Fitri dalam hati, hatinya tiba-tiba berbunga riang, "tak perlulah aku nak berlakon baik dengan Huda lagi lepas ni." Bentak hatinya.

Chocoberry ep11

                 Huda memulakan langkahnya dengan bacaan basmalah, jantungnya berdebar-debar, ini adalah hari pertamanya sebagai setiausaha Fitri di Syarikat House Sdn Bhd milik bapa mertuanya. "Saya perkenalkan, ini Nurul Huda Bt Abd Latif" tutur Fitri sambil matanya melihat kearah Huda disebelahnya. Pekerja yang lain hanya melemparkan senyuman kepad Huda sambil menganggukkan kepala tanda menyapa antara satu sama lain. Huda turut tersenyum kepada rakan-rakan sekerjanya.
Huda menyandarkan tubuhnya dikerusi, dia sedikit kepenatan melayan kerenah rakan-rakan sekerjanya, ada yang sibuk bercerita itu dan ini, yang dia sendiri kurang memahami apa yang diceritakan mereka.

"tu la, sape suruh kau layan kumpulan mangkuk tingkat tu." suara sapaan seseorang menyapa telinga Huda. Huda berpaling kearah gerangan suara tersebut. Seorang wanita bertudung ala-ala wardina tersenyum kearahnya.
"maaf, awak ni?"
"Saya Nur Ain Mohd amin." Ain memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. Huda menyambut tangan wanita dihadapannya dan melemparkan senyuman yang manis kepada wanita itu.
"Saya Huda." Huda memperkenalkan diri dengan sopan.
"Saya tahu, awak jangan dilayan sangat dengan ahli tingkat mangkuk tu, nanti tak pasal-pasal dapat dosa kering." Tegur Ain, walaupun seakan bergurau tetapi suaranya tegas.
Huda hanya menganggukkan kepalanya," Mungkin dia orang ni tak sebulu kot, jangan la libatkan aku pulak, masak ah aku." Bisik Huda dalam Hati.

                   Intercom dimeja Huda berbunyi, dia cepat-cepat menekat punat untuk menjawabnya.
" Huda, masuk ke bilik saya sekejap" Pinta Fitri.
" Ok!"
Huda meminta diri, dia meninggalkan Ain yang masih tercegat dihadapan mejanya itu. Pintu bilik Fitri diketuk sehingga mendengar perkataan 'masuk' barulah dia membuka pintu perlahan-lahan dan mengatur langkah yang teliti menghampiri bosnya itu.
"Ada apa?" tanya Huda dengan wajah bersahaja.
"Awak tolong siapkan document untuk saya meeting dengan Dato Roslan lusa,isinya awak boleh tanya Sofie. Satu lagi, ingatkan saya esok untuk ke pejabat papa."
Huda mengangguk sambil mencatat sesuatu dibuku berbentuk diari yang baru dibelinya.
"ada apa-apa lagi?" Tanya Huda pada majikannya itu.
"tak de, awak boleh keluar." Fitri mengarah, dia sedikitpun tidak memandang kearah muka isterinya.
Huda berlalu ke pintu, dia mendengar Fitri berdehem, dengan segera pandangannya tertumpu kepada pemuda itu.
"Hari ni awak balik dengan teksi eh, saya ada date." Arah Fitri sambil tersenyum sinis kearah Huda.
Huda menjeling tajam kearah Fitri, dia benci melihat senyuman yang dibuat-buat itu. Huda menarik pintu dengan kasar, dia berlalu dari situ tanpa mempedulikan Fitri.
"apa kau ingat aku nak cemburu dengan kau ke? bodoh! buang masa, buang duit, buang tenaga je, geramnya aku." Bentak Huda dalam Hati sambil mengetap bibirnya.

                   Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang, Huda mengemaskan mejanya dan bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Dia menuggu teksi di perhentian bas yang terletak tidak jauh dari pejabatnya. 'handphon' di dalam beg tangannya berdering, Huda bergegas mendapatkan talifonnya dan menekan butang 'jawab'.
"hello, assalamualaikum." sapa Huda kepada pemanggil.
" Waalaikumussalam, Huda, mama ni, malam ni Huda dengan Fitri balik awal eh, mama masak malam ni." beria-ia suara Datin Rosnita.
"ye ke? tapi mama, abang Fitri ada hal kat luar."
"hal apa?" soal Datin Rosnita.
"Entah la, dia tak ada bagitahu saya pulak."
"tak apa, nanti mama sendiri yang akan call dia."
"ok, Huda dalam perjalanan ni."
"ok la, kita jumpa kat rumah."
Talian dimatikan setelah Huda menjawab salam mamanya itu, dia tersengeh sendirian,"padan muka kau Fitri." Bisik hati kecilnya, terfikirkan date Fitri yang terpaksa dibatalkan membuatkan hatinya berbunga riang, dia dapat bayangkan muka Fitri yang kemerahan menahan marah. Huda merasakan dendamnya terbalas atas apa yang Fitri buat terhadapnya pagi tadi.

Chocoberry ep10

              Jam di 'deskboard' menunjukkan pukul 10.00am, Fitri masih berkira-kira untuk bangun. Dia tidak perlu bergegas dan bersiap untuk ke pejabat kerana cuti pernikahannya masih bersisa. Dia bangun menuju ke bilik air, perutnya masih terasa senak di tumbuk Huda semalam. "apa punya perempuan lah" dengus Fitri kasar.
Setelah bersiap ala kadar, dia menuruni anak tangga dengan langkah perlahan sambil mengintai di setiap penjuru, kalau boleh, dia tidak mahu bertembung dengan mamanya, nanti banyak pula pertanyaan wanita itu. Fitri mengintai kearah dapr, di lihatnya Huda yang tengah mengemaskan meja makan, dia menghampiri Huda dengan pantas, bahu Huda ditepuk perlahan,
"mama mana?" soal Fitri kepada isterinya itu.
"Dah keluar." Jawab Huda acuh tak acuh.
Fitri tersenyum dengan jawapan Huda. Dia melompat seakan anak kecil yang mendapat gula-gula.
"Buang tabiat lagi la tu." ngomel Huda sendirian.

                  Fitri menyandarkan tubuhnya pada sofa di ruang tamu itu, kelibat Huda sudah tidak kelihatan, mungkin menguncikan dirinya di bilik, maklum lah, sekarang tinggal mereka berdua sahaja, Mak Kiah terpaksa cuti kerana ingin melawat anak saudaranya yang sakit di kampung. Fitri pula tak berminat untuk mengajak Huda berbual-bual, malah dia malas untuk menatap wajah isterinya itu. Sebenarnya, dia malu kerana tidak dapat mengawal emosinya ketika di restoran sebelum perkahwinannya,rasa bersalah menghantui dirinya, mungkin sebab dia sakit hati dengan Julia yang memulaukannya, dia juga tidak faham dengan teman wanitanya itu, kalau buat salah sikit mesti nak mrajuk sampai berminggu-minggu.

                  Fitri manaiki tangga ke biliknya, dia menguak daun pintu dengan perlahan, dilihatnya Huda sedang Khusyuk membaca novel tidak mengendahkan kehadirannya dibilik itu. Fitri terus mendapatkan kunci kereta dan berlalu dari situ, dia nekad untuk ke rumah Julia kerana sudah seminggu lebih dia tidak mendengar khabar dari buah hatinya itu, Rindunya membuak-buak terhadap Julia.
Kereta Hondanya dipandu laju menyusuri 'highway'. Sesekali dia menjeling ke luar tingkap, dia menyusuri bulatan pahang dan ke jalan setapak kerana Julia tinggal berhampiran situ.

                 Pintu rumah Julia diketuk kasar setelah beberapa kali loceng ditekan tetapi tiada balasan dari dalam rumah. "mungkin dia keluar kot." Bisik hati Fitri.
Julia tinggal seorang sahaja di apartmentnya itu, kalau dia tiada dirumah dan talifonnya dimatikan, memang susah untuk menjejakinya. Fitri mengeluarkan talifon bimbit dari kocek seluarnya, dia cuba untuk menghubungi Julia tetapi talian di matikan, risau juga dia kalau ada perkara yang tidak elok berlaku kepada Julia.
"syg, u kat mana? i risau la, call i k."
Fitri menekan butang 'send' dan meletakkan talifon bimbitnya di dalam kocek seluar semula.
Dia meninggalkan bangunan 14 tingkat itu dengan perasaan berkecaru.

                  Huda meninjau di segenap penjuru rumah banglo dua tingkat itu, dia sendirian di rumah. Bulu romanya tiba-tiba berdiri tegak, fikirannya dipenuhi dengan cerita-cerita seram dan ngeri yang pernah ditonton di kaca 'television'. Huda berlari anak mendapatkan talifon bimbitnya di atas meja diruang tamu, dia menekan butang call.
"hello, awak kat mana ni?" Soal huda.
"asal? saya ada hal ni." Balas Fitri dengan bersungguh-sungguh.
Sejurus itu, panggilan dimatikan. Huda berkira-kira, otaknya ligat mencari idea untuk membawa Fitri pulang ke rumah menemaninya.
Talifon bimbit ditangannya digengam erat, dia sekali lagi menekan butang 'call', beberapa minit kemudian panggilannya dijawab juga.
"cepat balik, ada orang..aaahhh......." Huda membuat suara seperti di kejar hantu, dia memutuskan talian setelah yakin Fitri akan termakan dengan tipu muslihatnya.
Deringan talifon mengejutkan Huda, bahunya sedikit terangkat dek deringan yang terlalu kuat, Huda mencapai talifon dan meletakkannya kembali diatas meja setelah melihat pemanggilnya adalah Fitri. Huda keruangan dapur, matanya melilau seperti orang ketakutan, dia menyediakan makan tengahari untuk dirinya dan Fitri, nalurinya kuat mengatakan bahawa Fitri akan pulang dalam beberapa minit lagi.
                 Kedengaran sebuah kereta memasuki perkarangan rumah banglo itu, Huda menjenguk dari celah-celah tingkap, memang betul jangkaan dia, Fitri kelihatan cemas meluru ke arah pintu. Huda berlari anak ke arah dapur dan berpura-pura sibuk dengan kerja memasaknya.
Fitri membuka pintu rumah dengan kasar, hatinya berdebar-debar, menyesal pula dia meninggalkan Huda sendirian di rumah. Matanya melilau disegenap ruang rumah, tiba-tiba matanya tertumpu kepada sekujur tubuh yang sedang sibuk di dapur, Fitri mendapatkan Huda, dia mendengus kasar, nafasnya deras seperti orang kekurangan oksigen.
"awak tipu saya?" Soal Fitri kasar sambil menyentap lengan Huda.
"mana ada saya tipu, tadi ada kucing kat belakang, saya nampak bayang-bayang je, ingatkan pencuri ke apa." Jawab Huda tersekat-sekat, matanya melilau seligat otak yang sedang mencari idea yang munasabah untuk dijadikan alasan.
"Awak ni........" Fitri memejamkan matanya dan mengetap bibir, dia geram sebab cepat percayakan Huda, dia rasa dirinya dipermainkan.
"Awak pergi la mandi dulu, nanti kita makan sama-sama ok." Huda tersenyum seolah-olah tiada apa yang berlaku diantaranya dengan Fitri.
Fitri menjeling tajam kearah Huda, kakinya mendaki tangga untuk ke bilik.
                  Sudah sejam lebih Huda menunggu Fitri untuk makan bersama, tetapi bayangan Fitri langsung tidak kelihatan disitu, Huda nekad untuk menjenguk ke bilik melihat keadaan Fitri.
"Marah ke dia dengan aku? mesti laa...merajuk ke?" Huda bermonolog dalam hati, hatinya sedikit terganggu dengan kelakuan Fitri sebentar tadi, memang jelas kelihatan Fitri menahan sabar dengan kerenahnya.
Huda mengetuk pintu bilik, dia terus meluru masuk ke bilik tanda meminta izin dari Fitri. Kelihatan Fitri sedang asyik menonton televisyen sambil berbaring di sofa di biliknya. Dia menjeling tajam kearah Fitri seraya mendengus kecil.
Huda mendekati Fitri, dia berdiri berhadapan dengan Fitri sengaja tidak mahu Fitri terus menonton televisyen. Fitri tidak berpuas hati dengan tindakan Huda, dia berdiri bertentangan dengan Huda.
"awak ni apa hal?" Tanya Fitri kasar.
"Awak ni betul la perangai macam budak-budak, makan la dulu kalau nak merajuk sekalipun." Pujuk Huda seraya tersenyum kecil seakan mengejek.
"ada saya cakap saya lapar?" Jawab Fitri dengan angkuh.
ggrrkkk........tiba-tiba perut Fitri berbunyi, mungkin sebab dia tidak menjamah sebarang makanan lagi pada hari ini, Fitri gelisah bercampur malu dengan Huda.
Huda yang melihat keadaan Fitri tersenyum sendiri, ingin sahaja dia ketawa habis-habisan, tetapi takut tak habis pula lauk yang sudah dimasak tadi.
"mulut awak boleh tipu, tapi perut awk tak boleh kan?" Pujuk Huda berbau ejekan.
Fitri akur dengan kata-kata Huda, dia hanya mendiamkan diri. Huda tersenyum kemenangan apabila Fitri membontotinya ke dapur untuk makan tengah hari bersama.
Fitri asyik dengan nasi di pinggannya, dia tidak bercakap walau sepatah, begitu juga dengan Huda.